Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Selamat datang!

Selamat datang!
Abang Fateh dan Adik Hajar dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kakak-kakak dan abang-abang baru ke Mesir. Jemputlah datang ke rumah kami, dan sama-samalah meriahkan Komuniti HPA Kaherah!

Saturday, 31 July 2010

Peranan Komuniti HPA Kaherah

Antaranya ialah memberi penerangan berkaitan makanan/produk haram, boikot dan syubhah, serta memperkenalkan produk alternatif kepada produk-produk tadi.

Tahukah anda perbezaan antara produk HARAM, BOIKOT dan SYUBHAH itu?

HARAM:  menggunakan/mengandungi sumber yang haram (contoh apa-apa jua komponen daripada babi) di dalam proses pembuatan produk tersebut. Perkara yang haram ada yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadis. Arak, babi dan anjing antara perkara yang termaktub terang-terangan di dalam Al-Quran sebagai haram. Kemudian, Rasulullah s.a.w juga memberi panduan berkenaan makanan/minuman haram, contoh haram memakan haiwan dua alam dan lain-lain lagi. Seterusnya para ulama' turut berperanan dalam menerangkan perkara haram terutama dalam hal-hal kontemporari, contoh pengharaman dadah dan rokok kerana mendatangkan mudarat pada kesihatan.

BOIKOT:  istilah ini timbul selepas kekejaman Yahudi yang melampau terhadap umat Islam khususnya di Palestin. Sememangnya telah diketahui bahawa Yahudi menguasai ekonomi dunia pada hari ini. namun apabila umat Islam bersatu dalam menggunakan kuasa pembeli (iaitu dengan cara memboikot barangan keluaran mereka), maka mereka merasa bahang kerugian berjuta-juta dolar. Boikot lebih menjurus kepada mana-mana keluaran pihak yang membantu Yahudi Zionis/Israel samada secara langsung atau tidak langsung. Ada juga boikot yang dilakukan terhadap pihak yang mencemarkan/mempermainkan agama Islam, contohnya produk-produk keluaran Belanda diboikot setelah terhasilnya karikatur Nabi Muhammad s.a.w oleh salah seorang pelukis dari negara tersebut.

SYUBHAH:  merupakan satu status pertengahan di antara halal dan haram. Apabila status halal haram produk itu diragui, maka ianya dianggap syubhah dan kita diperintahkan supaya menjauhinya. Namun amat malang sekali apabila masyarakat masa kini memandang ringan terhadap perkara syubhah, sebaliknya beranggapan jika syubhah, maka kira 'boleh aje lah'.  Terlampau banyak produk syubhah di Malaysia, terutama sekali apabila dihasilkan oleh orang bukan Islam. Kisah-kisah pembuatan bihun, tauhu, penyembelihan ayam KFC, bahan-bahan kosmetik dan pelbagai lagi membuatkan seorang yang benar-benar mengambil berat hal-hal halal haram berada dalam keadaan sangat risau.


Kita adalah apa yang kita makan. Allah pula mengetahui setiap makanan yang kita jamah serta setiap produk yang kita guna seharian. Apakah ibadat kita diterima jika kehidupan kita dan tubuh kita bersalut perkara haram, syubhah dan boikot?

Sama-samalah kita sedarkan setiap individu di sekeliling kita agar benar-benar faham tentang HARAM, BOIKOT dan SYUBHAH ini.

Jangan lupa, manusia memerlukan alternatif apabila mereka disuruh meninggalkan sesuatu perkara.
Insya Allah, HPA menyediakan alternatif bagi produk/makanan/servis supaya umat Islam tidak terus tersepit dalam keadaan genting.

Bersediakan anda untuk bersama kami?

No comments:

Post a Comment