Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Selamat datang!

Selamat datang!
Abang Fateh dan Adik Hajar dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kakak-kakak dan abang-abang baru ke Mesir. Jemputlah datang ke rumah kami, dan sama-samalah meriahkan Komuniti HPA Kaherah!

Friday 17 December 2010

Back to basic: Artikel UZAR Part 1

Video pengenalan HPA memperkenalkan sistem MLM(S) sebagai plan pemasarannya. Program HPA di sini pula menggantung 'banner' yang turut tertulis MLM(S). Apa benda tu ya?

MLM(S) adalah singkatan untuk multilevel marketing syariah. Maksudnya sistem MLM dalam HPA adalah selari dengan kehendak syariah. Betul ke? Orang HPA mestilah kata betul. Tapi tak salah kalau kita kaji dulu. Artikel pertama yang akan jadi rujukan ialah Multi Level Marketing Menurut Syariah.

Ianya ditulis oleh Ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.net). Artikel yang panjang, jadi Ummu Alfateh akan letakkan kepada beberapa bahagian supaya mudah difahami, dikaji dan diteliti.


Bismillahirrahmanirrahim!

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

( updated pada 10 April 2007 berwarna ungu ) 
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini. 

Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing
Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini. 
Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan: 

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين
Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

Untuk kita:
1) Artikel-artikel beliau tidak menyenaraikan SEMUA syarikat MLM yang HARAM, jadi kitalah yang mesti kaji dan pastikan betul atau tidak HPA tidak mempunyai kriteria MLM yang diharamkan itu. Tidak cukup sekadar menerima apa yang disampaikan oleh orang lain, khususnya daripada ahli HPA itu sendiri (sebab tentulah setiap ahli akan mengatakan apa yang disertainya halal dan betul dan tidak salah).

2) Kebanyakan para ustaz yang terlibat MLM memberikan dalil yang berkaitan keharusan berniaga, BUKANNYA dalil yang benar-benar menyokong MLM mereka. Fatwa berkaitan MLM juga masih kurang diketengahkan di dalam masyarakat.

3) Perenggan awal artikel menggambarkan MLM mendapat sambutan meluas di Malaysia. Jadi, bolehkah kita katakan, bahawa apabila HPA menggunakan MLM(S), ianya adalah sebagai strategi untuk meluaskan pasaran-pasaran produk HPA? --->yang ni kena tanya balik dengan bahagian pemasaran HPA.

To be continued...

Thursday 16 December 2010

Back to basic...Intro

Nampaknya komuniti HPA Kaherah sepi selepas kepulangan Ust Sabri dan Ustazah Amirah.

Yang masih di sini sedang cuba bangkit kembali.

Apapun, Ummu Alfateh dalam proses memahami lebih mendalam tentang MLM amnya dan HPA khususnya. Juga sedang cuba menambah info tentang perubatan moden, tradisional dan alternatif. Terjumpa satu blog iaitu Aidid Muaddib yang membongkar syarikat-syarikat MLM di Malaysia. Terlalu banyak produk 'bogus' atau palsu tetapi diwar-warkan bagus/berkhasiat/mujarab dan sebagainya. Sekurang-kurangnya blog tersebut memberi pelbagai maklumat terperinci yang patut kita ketahui sebagai seorang pengguna.

Kenapa Ummu Alfateh  timbulkan perkara ini? Kerana HPA telah menggunakan MLM di dalam pemasarannya. Jadi eloklah kita kaji perbezaan antara HPA dan syarikat-syarikat MLM lain. Secara umumnya MLM adalah HARAM kerana banyak sebab, TETAPI menjadi HALAL atas beberapa sebab. (There will be a post for this topic,insya Allah).

Persoalan kedua adalah titik temu antara perubatan moden, alternatif dan tradisional. Bagaimanakah seorang doktor boleh menerima keberkesanan bekam? Apakah wajar rawatan perubatan alternatif menggantikan peranan ubat hospital? Banyak lagi persoalan yang boleh timbul, lebih-lebih lagi komuniti kita di sini terbahagi dua, pelajar perubatan dan pelajar bidang agama. Patutkah kita menyertai HPA?

Before we say YES, let us search and re-search, ask and analyze, learn and educate ourselves as much as we can.

So now, let the journey begins....

Wednesday 3 November 2010

Vaksin - Perlu atau tidak?

Pernah terbaca tentang vaksin kanak-kanak yang dicemari unsur babi?

Dan semakin ramai juga orang menyebarkan pendapat supaya bayi dan kanak-kanak tidak perlu diberi suntikan vaksin, tetapi amalkan madu, herba apa entah dan yang sewaktu dengannya. Atas hujah 1) vaksin mengandungi bahan-bahan haram 2) vaksin hanyalah bahan kimia yang menambah mudarat 3) ia rancangan Zionis untuk melemahkan kesihatan orag Islam (kerana banyak dicipta oleh non-Muslim/Barat.

Persoalan bagi adik-adik perubatan:
  • Setujukah dengan kenyataan seumpama itu? Kerana ianya memang tidak sama dengan apa yang dipelajari dalam Sains dan perubatan.
  • Pernahkah terjumpa dengan mana-mana pendapat/artikel doktor pakar MUSLIM yang mengesahkan hal ini? 

Walaupun HPA mempunyai kebaikan yang unik. tetapi perubatan moden juga memiliki kelebihan yang tersendiri. Buat mereka yang menolak seratus peratus (atau hampir kepada itu), silalah perbanyakkan rujukan dan perbincangan, bukan sekadar menyebarkan pendapat yang belum tentu sahih. Sebagaimana fatwa agama memerlukan diskusi dan pengesahan oleh ahli bidang itu, begitu juga dengan hal perubatan.

Adik-adik perubatan, jom kita kaji!

Saturday 11 September 2010

Salam Aidil Fitri

Sebulan blog ni 'ditinggalkan'. T____T

Insya Allah, selepas ini akan kembali dikemaskini. Berita baik yang kami terima: stok baru produk-produk HPA akan tiba dibawa oleh mahasiswa baru. Jadi, jualan dan roadshow akan kembali dilaksanakan. Sebenarnya memang Komuniti HPA Kaherah telah kehabisan stok selepas program KEKAL. Maka jualan terhenti walaupun ada permintaan. Sukar untuk me'maintain' bekalan produk kerana pihak komuniti masih bergantung kepada ihsan agensi perlancongan dan individu yang sanggup membawa barang HPA. Sama-samalah kita berdoa supaya Mesir memberi peluang untuk HPA menjalankan urusniaga secara rasmi tanpa perlu melakukan rasuah (perkara biasa berlaku untuk membolehkan permohonan perniagaan diluluskan).

Akhir kata, kami sekeluarga - Ustaz Ismail, Ummu Alfateh, Fateh dan baby Hajar- mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang mengenali. Maaf zahir dan batin, Ahlan wasahlan jika ingin datang ke rumah. Selamat menjamu selera, jangan lupakan 'Halalan Toyyiba' ya!

Saturday 14 August 2010

HPA - Harapan Pada Allah

Assalamualaikum.

Lama sungguh tidak update ^_^

Alhamdulillah, Ramadhan sudah tiba. Semoga Allah menerima setiap amal kita di bulan ini dan mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini. Ya lah, setiap anak Adam pasti pernah melakukan kesilapan.

Dan penyakit adalah salah satu cara Allah mengampunkan dosa hambaNya. Maha Pengasih, bukan?

Sebagai seorang pelajar perubatan moden atau pengamal perubatan alternatif muslim, ingatlah konsep HPA - iaitu Harapan Pada Allah.

Jika datang seorang pesakit kepada kita, bukan fizikalnya yang jadi tumpuan pertama. Bukan 'complain' sakitnya yang jadi soalan pertama. Tetapi keadaan hati pesakit yang perlu kita dahulukan. Cuba 'lihat' hati pesakit, putus asakah dia? Resah gelisah? Redha? Tenang?

Tenangkan hati pesakit dengan kata-kata yang lembut. Ingatkan kasih-sayang Allah yang hadir berupa ujian sakit kepadanya. Kemudian yakinkan pesakit bahawa Allah yang mendatangkan penyakit itu, maka Allah yang akan menyembuhkannya. Ubat hanyalah sebagai usaha dan tawakal kita sebagai seorang hamba.

Inilah cara yang membezakan kita dengan doktor non-muslim. Semoga langkah mudah ini menambah berkat di dalam pekerjaan kita sebagai pengamal perubatan, amin.