Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Selamat datang!

Selamat datang!
Abang Fateh dan Adik Hajar dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kakak-kakak dan abang-abang baru ke Mesir. Jemputlah datang ke rumah kami, dan sama-samalah meriahkan Komuniti HPA Kaherah!
Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Friday, 16 July 2010

Tentatif Road Show MLMS HPA, Hayyu Sabie'.

 7:00  -  8:00 mlm  =   Kehadiran, slide show/video dan pameran mini.
 8:00  -  8:15 mlm  =   Solat Maghrib berjemaah
 8:15  -  8:45 mlm  =   Perasmian

 8:45  -  9:30 mlm  =   Slot 1 'Halal dan Haram'
                                   Oleh PJX Muhammad Nasiruddin b Mohd Sobri

 9:30  - 10:15 mlm =   Slot 2 'Pengenalan Syarikat HPA Industries Sdn. Bhd.'
                                   Oleh PJ Muhammad Sabri b Yamin

10:15 - 11:00 mlm =   Slot 3 'Bersama Komuniti HPA Kaherah'
                                   Oleh PRX Che Amirah bt Che Muda

11:00 - 11:30 mlm =   Soal-jawab
                                  Penutup


Bagi yang belum menjadi Pengedar Bertauliah HPA dan berminat untuk mendaftar, sila bawa passport asal dan LE20 bersama. Meja pendaftaran dibuka sepanjang program. Kehadiran adalah percuma dan terbuka.

Thursday, 15 July 2010

Road Show HPA di Hayyu Sabie'

Pengumuman....!

Insya Allah pada 18 Julai 2010, satu program akan diadakan di Dewan Asrama Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie'.

Program 'Road Show MLMS HPA' merupakan satu langkah awal bagi memperkenalkan HPA Industries Sdn Bhd dan juga Komuniti HPA Kaherah kepada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berpusat di Hayyu Sabie'. Slot lain ialah 'Halal dan Haram' yang bertujuan meningkatkan kesedaran pemakanan dan penggunaaan barangan halal dalam kehidupan kita sebagai muslim.

Tentatif lengkap dan iklan lanjut akan dikeluarkan malam nanti, insya Allah.

Semua dijemput hadir!

Friday, 9 July 2010

Ada ke harga ahli?

Assalamualaikum....

Kepada para ahli/pengguna/pembeli barangan HPA, mungkin ada yang tertanya-tanya tentang harga ahli atau diskaun yang boleh diperolehi dalam pembelian.

Untuk situasi di Mesir, begini kisahnya...

Komuniti HPA Kaherah adalah langkah awal ke arah penubuhan cawangan HPA di Mesir. Namun, kemasukan barangan/produk HPA adalah TERHAD dan secara kecil-kecilan kerana HPA masih belum membuat proses pendaftaran cawangan di Mesir. Atas ihsan dan kesudian beberapa pihak yang sering berkunjung ke Mesir, merekalah yang membantu membawa barangan HPA sebanyak mungkin (tak banyak pun...).

Oleh itu, harga produk HPA dijual tanpa mengambil kira KOS PENGHANTARAN/PENGANGKUTAN. Ini berbeza jika sebuah cawangan telah tertubuh secara rasmi, di mana produk dihantar dalam kuantiti banyak secara shipping, kemudian ditambah  kos pengurusan, cukai, duti kastam dan lain-lain, maka waktu itu kemungkinan harga akan naik untuk menampung kos. (Subjek ekonomi, okay?)

Di masa yang sama, jika produk HPA dijual terlalu murah adalah tidak lojik kerana sebagai pengedar, pastinya mahukan sedikit keuntungan. Ini bermakna sistem harga ahli juga masih belum dapat dilaksanakan sebagaimana di Malaysia. Sistem nilai mata juga hanya boleh digunapakai untuk beberapa kondisi sahaja.

Namun, komuniti HPA Kaherah telah menetapkan harga-harga produk untuk dijual di Mesir.. Silalah rujuk kepada pengedar yang dilantik supaya anda tidak tertipu dengan harga yang mahal. Ini kerana telah mula kedengaran khabar angin bahawa ada individu-individu yang tidak bertanggungjawab menjual barangan HPA dengan harga yang tidak munasabah, semata-mata kerana ada permintaan dan kuantiti pula terhad.

OLEH ITU, PASTIKAN ANDA BERURUSNIAGA DENGAN PIHAK YANG DILANTIK SUPAYA ANDA BETUL-BETUL BERPUASHATI DAN TIDAK DITIPU.

Berbalik kepada hal harga ahli/diskaun/sistem nilai mata, pihak Komuniti HPA Kaherah sedang memikirkan alternatif, intensif dan promosi supaya status 'ahli' adalah lebih istimewa berbanding 'bukan ahli'. Oleh itu, sebarang idea, komen, kritikan daripada semua adalah SANGAT dialu-alukan untuk membantu mengukuhkan HPA sebagai pilihan kita.

Wassalam.

Tuesday, 1 June 2010

Tawaran Menarik!

Kini pendaftaran untuk menjadi ahli HPA hanya LE20.

Selagi anda berstatus pelajar di Mesir, tidak kira bidang agama, perubatan, pergigian ataupun farmasi, anda boleh menikmati tawaran ini. Kad keahlian akan siap dihantar ke alamat rumah anda (jika beralamatkan rumah di Malaysia) lebih kurang selepas 3 minggu bayaran dibuat. Jadi, jika mendaftar sekarang, cuti nanti bolehlah anda menggunakannya!

Hanya sediakan salinan passport (atau scan) beserta LE20 dan hubungi kami untuk proses pendaftaran.

Jangan lepaskan peluang ini!