Logo
HPA adalah singkatan kepada Herba Penawar Al-Wahida.
Pengasas
Beliau adalah anak kelahiran Jejawi, Perlis dan merupakan Graduan Botani UPM (1986). Seorang yang pakar dalam bidang herba dan perawatan JAWI (Holistik) dan mengasaskan HPA Industries Sdn. Bhd.
"Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkannya Dengan Ketulan Emas" - Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad.
Penubuhan Syarikat
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
Kilang
HPA Industries mempunyai lebih kurang 7 buah kilang di Malaysia (Kedah, Perlis dan Sabah). Kilang-kilang HPA mendapat taraf GMP (Good Manufacturing Product). Selain itu, HPA turut memiliki ladang herba roselle, pegaga, jagung, pisang serta ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik. Pekerja kilang HPA dianggarkan melebihi 1000 orang.
HPA dan Anak Syarikat
1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd – Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM
2. HPA Industries Sdn Bhd – Pengeluar ubat-ubatan herba
3. HPA Food & Beverage Sdn Bhd – Pengeluar minuman dan makanan
4. HPA Farm Sdn Bhd – Pengeluar ayam dan air mineral
5. HPA Ilham Sdn Bhd – agensi pelancongan
6. Radix Industries Sdn Bhd – Pengeluar Kopi Radix
7. Cola Radix Sdn Bhd – Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll)
8. Restoran Radix Fried Chicken (RFC)
9. Radix Bakery House
10. Radix Oriental Cuisine
11. Radix Pizza House
12. Radix Chicken House
13. El- Zaharaa Sdn Bhd – Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi
14. Centella White sdn Bhd – Produk kosmetik
Cawangan
HPA telah memiliki cawangan dan stokis di setiap negeri, dan juga melebarkan sayap ke Indonesia dan Brunei. Kini, Mesir juga mempunyai Komuniti HPA sendiri sebagai langkah meluaskan lagi pasaran HPA dan menarik minat rakyat Malaysia di Mesir untuk menggunakan barangan HPA.