Merupakan minimarket yang menjual produk-produk HPA samada barangan kering atau basah. Insya Allah akan diusahakan menjadi supermarket pula.
Buat mereka yang sudah atau akan balik bercuti ke Malaysia, silalah singgah ke HPA Halal Mart ya!
HPA HALAL MART THE MINES
(Beroperasi mulai 22 April 2010)
Alamat : L1-23 Jalan Dulang, Mines Resort City 43300 Seri Kembangan, Selangor
[Sebelah Maybank dan berdekatan RHB Bank,didalam the mines]
Hubungi : Salmee (019-6528707)
HPA HALAL MART BUKIT TINGGI,KLANG
(Beroperasi mulai 21 April 2010)
Alamat : No 89,89-1 Jalan Mahogani 5, Bandar Botanik 41200 Klang Selangor
[Berhadapan Jusco Bukit Tinggi, Klang]
Hubungi : Zulkarnain (019-3453571)
Kawasan lain:
HPA Halal Mart Alamesra Sabah
(Hadapan 1Borneo)
LOT NO 113.BLOK M, TINGKAT BAWAH,
PLAZA PERMAI, JALAN SULAIMAN.
88400,KOTA KINABALU, SABAH.
No.Tel: +6014-8698408 (en.Yassin) & +6013-4885717 (en Izham AGM Zon Borneo)
HPA Halal Mart Jejawi
No 26 Jalan Jejawi Sematang, Taman utara Jejawi 02600 Arau Perlis. Tel : 04-9770992.
HPA Halal Mart Langgar
N0. 7 Taman Amira Batu 5 Jalan langgar 05460 Alor Setar Kedah Darul Aman.
HPA Halal Mart Mergong
No 255 Ground Floor, Kompleks Perniagaan Utama, Mergong Jaya 06250 Alor Setar Kedah. Tel : 04-7352251.
HPA Halal Mart Kulim
No 6, Jalan KLC satu (1), Kulim Landmark Central 09000 Kulim Kedah.
HPA Halal Mart Tunjang
No 1, Taman Sri Nyior 06000 Jalan Jitra, Kodiang Kedah.
HPA Halal Mart Lagenda Heights
Radix Bakery House
No.36 Jalan Legenda 2, Lagenda Height,
08000 Sungai Petani, Kedah
04-4254055
Halal Mart dalam akhbar :
Oleh Zainuddin Zain
Harian Metro, Ruangan Bisnes, 3 Mei 2010HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera yang terkenal dengan produk jenama Radix, menyasar mewujudkan lebih 300 cawangan jualan di seluruh negara menjelang 2015.
Pada masa ini, HPA mempunyai 155 cawangan di seluruh negara dengan yang terbaru di The Mines Kuala Lumpur; Bukit Tinggi, Klang di Selangor dan Jalan Langgar, Alor Star, Kedah yang dibuka minggu lalu.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata syarikat itu kini menjalin kerjasama pintar dengan lebih 650,000 ahlinya bagi merealisasikan lebih 300 cawangan di seluruh negara sebelum 2015.
Menurutnya, semua cawangan terbaru yang dibuka HPA sejak tiga bulan lalu berkonsepkan pasar mini halal atau Halal Mart berbanding kaunter jualan sejak HPA ditubuhkan pada 1997.
“HPA juga membuka peluang kepada semua ahli untuk berkongsi dalam perniagaan peruncitan HPA Halal Mart dengan jumlah pembiayaan RM50,000 bagi satu premis.
“Kita yakin ahli HPA akan mengambil peluang ini seterusnya mencapai sasaran lebih 300 cawangan syarikat di seluruh negara menjelang 2015 atau lebih awal dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi Salleh (017-5248946) atau Adnan Fadzil (013-4895717),” katanya.
Mengenai sasaran jualan RM20 juta sebulan diumumkan HPA bagi Insentif Tahun 2010, Ismail berkata, ia dijangka dapat dicapai dalam tempoh terdekat sama ada Mei atau Jun ini.
“Jualan lebih 200 produk HPA kini cukup menggalakkan dengan produk utama seperti Kopi Radix, Radix Koko, sabun pembasuh Freesia dan penapis air Dew begitu menggalakkan hingga kadar pengeluaran terpaksa ditingkatkan,” katanya.
Menurutnya, kekuatan HPA ialah mempunyai panel syariah sendiri selain memperjuangkan produk halal dan suci (halalan toyyiban).
“HPA juga bergerak cergas dengan program ilmu untuk mengajar ahli supaya beralih kepada herba dan bahan harian bebas kimia iaitu organik sebagai persediaan mengelak malapetaka kesihatan,” katanya.
Beliau juga mengumumkan yang HPA membeli sebuah bangunan di Seksyen 13 Shah Alam setinggi 12 tingkat pada harga RM54 juta untuk dijadikan HPA International Center (HIC),
No comments:
Post a Comment