Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Selamat datang!

Selamat datang!
Abang Fateh dan Adik Hajar dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kakak-kakak dan abang-abang baru ke Mesir. Jemputlah datang ke rumah kami, dan sama-samalah meriahkan Komuniti HPA Kaherah!

Friday, 9 July 2010

Ada ke harga ahli?

Assalamualaikum....

Kepada para ahli/pengguna/pembeli barangan HPA, mungkin ada yang tertanya-tanya tentang harga ahli atau diskaun yang boleh diperolehi dalam pembelian.

Untuk situasi di Mesir, begini kisahnya...

Komuniti HPA Kaherah adalah langkah awal ke arah penubuhan cawangan HPA di Mesir. Namun, kemasukan barangan/produk HPA adalah TERHAD dan secara kecil-kecilan kerana HPA masih belum membuat proses pendaftaran cawangan di Mesir. Atas ihsan dan kesudian beberapa pihak yang sering berkunjung ke Mesir, merekalah yang membantu membawa barangan HPA sebanyak mungkin (tak banyak pun...).

Oleh itu, harga produk HPA dijual tanpa mengambil kira KOS PENGHANTARAN/PENGANGKUTAN. Ini berbeza jika sebuah cawangan telah tertubuh secara rasmi, di mana produk dihantar dalam kuantiti banyak secara shipping, kemudian ditambah  kos pengurusan, cukai, duti kastam dan lain-lain, maka waktu itu kemungkinan harga akan naik untuk menampung kos. (Subjek ekonomi, okay?)

Di masa yang sama, jika produk HPA dijual terlalu murah adalah tidak lojik kerana sebagai pengedar, pastinya mahukan sedikit keuntungan. Ini bermakna sistem harga ahli juga masih belum dapat dilaksanakan sebagaimana di Malaysia. Sistem nilai mata juga hanya boleh digunapakai untuk beberapa kondisi sahaja.

Namun, komuniti HPA Kaherah telah menetapkan harga-harga produk untuk dijual di Mesir.. Silalah rujuk kepada pengedar yang dilantik supaya anda tidak tertipu dengan harga yang mahal. Ini kerana telah mula kedengaran khabar angin bahawa ada individu-individu yang tidak bertanggungjawab menjual barangan HPA dengan harga yang tidak munasabah, semata-mata kerana ada permintaan dan kuantiti pula terhad.

OLEH ITU, PASTIKAN ANDA BERURUSNIAGA DENGAN PIHAK YANG DILANTIK SUPAYA ANDA BETUL-BETUL BERPUASHATI DAN TIDAK DITIPU.

Berbalik kepada hal harga ahli/diskaun/sistem nilai mata, pihak Komuniti HPA Kaherah sedang memikirkan alternatif, intensif dan promosi supaya status 'ahli' adalah lebih istimewa berbanding 'bukan ahli'. Oleh itu, sebarang idea, komen, kritikan daripada semua adalah SANGAT dialu-alukan untuk membantu mengukuhkan HPA sebagai pilihan kita.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment