Nampaknya komuniti HPA Kaherah sepi selepas kepulangan Ust Sabri dan Ustazah Amirah.
Yang masih di sini sedang cuba bangkit kembali.
Apapun, Ummu Alfateh dalam proses memahami lebih mendalam tentang MLM amnya dan HPA khususnya. Juga sedang cuba menambah info tentang perubatan moden, tradisional dan alternatif. Terjumpa satu blog iaitu Aidid Muaddib yang membongkar syarikat-syarikat MLM di Malaysia. Terlalu banyak produk 'bogus' atau palsu tetapi diwar-warkan bagus/berkhasiat/mujarab dan sebagainya. Sekurang-kurangnya blog tersebut memberi pelbagai maklumat terperinci yang patut kita ketahui sebagai seorang pengguna.
Kenapa Ummu Alfateh timbulkan perkara ini? Kerana HPA telah menggunakan MLM di dalam pemasarannya. Jadi eloklah kita kaji perbezaan antara HPA dan syarikat-syarikat MLM lain. Secara umumnya MLM adalah HARAM kerana banyak sebab, TETAPI menjadi HALAL atas beberapa sebab. (There will be a post for this topic,insya Allah).
Persoalan kedua adalah titik temu antara perubatan moden, alternatif dan tradisional. Bagaimanakah seorang doktor boleh menerima keberkesanan bekam? Apakah wajar rawatan perubatan alternatif menggantikan peranan ubat hospital? Banyak lagi persoalan yang boleh timbul, lebih-lebih lagi komuniti kita di sini terbahagi dua, pelajar perubatan dan pelajar bidang agama. Patutkah kita menyertai HPA?
Before we say YES, let us search and re-search, ask and analyze, learn and educate ourselves as much as we can.
So now, let the journey begins....
Selamat datang!

Abang Fateh dan Adik Hajar dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kakak-kakak dan abang-abang baru ke Mesir. Jemputlah datang ke rumah kami, dan sama-samalah meriahkan Komuniti HPA Kaherah!
Thursday, 16 December 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment