Berikut adalah sebab-sebab wajarnya anda memilih barangan HPA:
1. 100% milik Bumiputra Muslim
Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.
2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal
HPA telah mengeluarkan lebih 300 jenis produk merangkumi makanan, minuman, barangan harian serta barangan kesihatan. Ini juga merupakan alternatif kepada barangan Yahudi/Israel serta produk-produk yang haram atau diragui status kesuciannya.
3. Harga murah dan berpatutan
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.
4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.
5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan
Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.
6. Perubatan JAWI
HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.
7. Kebajikan
Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal.
8. Latihan Keusahawanan
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS).
Selamat datang!

Abang Fateh dan Adik Hajar dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kakak-kakak dan abang-abang baru ke Mesir. Jemputlah datang ke rumah kami, dan sama-samalah meriahkan Komuniti HPA Kaherah!
Tuesday, 1 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment