Dan semakin ramai juga orang menyebarkan pendapat supaya bayi dan kanak-kanak tidak perlu diberi suntikan vaksin, tetapi amalkan madu, herba apa entah dan yang sewaktu dengannya. Atas hujah 1) vaksin mengandungi bahan-bahan haram 2) vaksin hanyalah bahan kimia yang menambah mudarat 3) ia rancangan Zionis untuk melemahkan kesihatan orag Islam (kerana banyak dicipta oleh non-Muslim/Barat.
Persoalan bagi adik-adik perubatan:
- Setujukah dengan kenyataan seumpama itu? Kerana ianya memang tidak sama dengan apa yang dipelajari dalam Sains dan perubatan.
- Pernahkah terjumpa dengan mana-mana pendapat/artikel doktor pakar MUSLIM yang mengesahkan hal ini?
Walaupun HPA mempunyai kebaikan yang unik. tetapi perubatan moden juga memiliki kelebihan yang tersendiri. Buat mereka yang menolak seratus peratus (atau hampir kepada itu), silalah perbanyakkan rujukan dan perbincangan, bukan sekadar menyebarkan pendapat yang belum tentu sahih. Sebagaimana fatwa agama memerlukan diskusi dan pengesahan oleh ahli bidang itu, begitu juga dengan hal perubatan.
Adik-adik perubatan, jom kita kaji!