Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Selamat datang!

Selamat datang!
Abang Fateh dan Adik Hajar dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kakak-kakak dan abang-abang baru ke Mesir. Jemputlah datang ke rumah kami, dan sama-samalah meriahkan Komuniti HPA Kaherah!
Showing posts with label info luar. Show all posts
Showing posts with label info luar. Show all posts

Wednesday, 3 November 2010

Vaksin - Perlu atau tidak?

Pernah terbaca tentang vaksin kanak-kanak yang dicemari unsur babi?

Dan semakin ramai juga orang menyebarkan pendapat supaya bayi dan kanak-kanak tidak perlu diberi suntikan vaksin, tetapi amalkan madu, herba apa entah dan yang sewaktu dengannya. Atas hujah 1) vaksin mengandungi bahan-bahan haram 2) vaksin hanyalah bahan kimia yang menambah mudarat 3) ia rancangan Zionis untuk melemahkan kesihatan orag Islam (kerana banyak dicipta oleh non-Muslim/Barat.

Persoalan bagi adik-adik perubatan:
  • Setujukah dengan kenyataan seumpama itu? Kerana ianya memang tidak sama dengan apa yang dipelajari dalam Sains dan perubatan.
  • Pernahkah terjumpa dengan mana-mana pendapat/artikel doktor pakar MUSLIM yang mengesahkan hal ini? 

Walaupun HPA mempunyai kebaikan yang unik. tetapi perubatan moden juga memiliki kelebihan yang tersendiri. Buat mereka yang menolak seratus peratus (atau hampir kepada itu), silalah perbanyakkan rujukan dan perbincangan, bukan sekadar menyebarkan pendapat yang belum tentu sahih. Sebagaimana fatwa agama memerlukan diskusi dan pengesahan oleh ahli bidang itu, begitu juga dengan hal perubatan.

Adik-adik perubatan, jom kita kaji!

Saturday, 11 September 2010

Salam Aidil Fitri

Sebulan blog ni 'ditinggalkan'. T____T

Insya Allah, selepas ini akan kembali dikemaskini. Berita baik yang kami terima: stok baru produk-produk HPA akan tiba dibawa oleh mahasiswa baru. Jadi, jualan dan roadshow akan kembali dilaksanakan. Sebenarnya memang Komuniti HPA Kaherah telah kehabisan stok selepas program KEKAL. Maka jualan terhenti walaupun ada permintaan. Sukar untuk me'maintain' bekalan produk kerana pihak komuniti masih bergantung kepada ihsan agensi perlancongan dan individu yang sanggup membawa barang HPA. Sama-samalah kita berdoa supaya Mesir memberi peluang untuk HPA menjalankan urusniaga secara rasmi tanpa perlu melakukan rasuah (perkara biasa berlaku untuk membolehkan permohonan perniagaan diluluskan).

Akhir kata, kami sekeluarga - Ustaz Ismail, Ummu Alfateh, Fateh dan baby Hajar- mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang mengenali. Maaf zahir dan batin, Ahlan wasahlan jika ingin datang ke rumah. Selamat menjamu selera, jangan lupakan 'Halalan Toyyiba' ya!

Saturday, 14 August 2010

HPA - Harapan Pada Allah

Assalamualaikum.

Lama sungguh tidak update ^_^

Alhamdulillah, Ramadhan sudah tiba. Semoga Allah menerima setiap amal kita di bulan ini dan mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini. Ya lah, setiap anak Adam pasti pernah melakukan kesilapan.

Dan penyakit adalah salah satu cara Allah mengampunkan dosa hambaNya. Maha Pengasih, bukan?

Sebagai seorang pelajar perubatan moden atau pengamal perubatan alternatif muslim, ingatlah konsep HPA - iaitu Harapan Pada Allah.

Jika datang seorang pesakit kepada kita, bukan fizikalnya yang jadi tumpuan pertama. Bukan 'complain' sakitnya yang jadi soalan pertama. Tetapi keadaan hati pesakit yang perlu kita dahulukan. Cuba 'lihat' hati pesakit, putus asakah dia? Resah gelisah? Redha? Tenang?

Tenangkan hati pesakit dengan kata-kata yang lembut. Ingatkan kasih-sayang Allah yang hadir berupa ujian sakit kepadanya. Kemudian yakinkan pesakit bahawa Allah yang mendatangkan penyakit itu, maka Allah yang akan menyembuhkannya. Ubat hanyalah sebagai usaha dan tawakal kita sebagai seorang hamba.

Inilah cara yang membezakan kita dengan doktor non-muslim. Semoga langkah mudah ini menambah berkat di dalam pekerjaan kita sebagai pengamal perubatan, amin.

Saturday, 31 July 2010

Peranan Komuniti HPA Kaherah

Antaranya ialah memberi penerangan berkaitan makanan/produk haram, boikot dan syubhah, serta memperkenalkan produk alternatif kepada produk-produk tadi.

Tahukah anda perbezaan antara produk HARAM, BOIKOT dan SYUBHAH itu?

HARAM:  menggunakan/mengandungi sumber yang haram (contoh apa-apa jua komponen daripada babi) di dalam proses pembuatan produk tersebut. Perkara yang haram ada yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadis. Arak, babi dan anjing antara perkara yang termaktub terang-terangan di dalam Al-Quran sebagai haram. Kemudian, Rasulullah s.a.w juga memberi panduan berkenaan makanan/minuman haram, contoh haram memakan haiwan dua alam dan lain-lain lagi. Seterusnya para ulama' turut berperanan dalam menerangkan perkara haram terutama dalam hal-hal kontemporari, contoh pengharaman dadah dan rokok kerana mendatangkan mudarat pada kesihatan.

BOIKOT:  istilah ini timbul selepas kekejaman Yahudi yang melampau terhadap umat Islam khususnya di Palestin. Sememangnya telah diketahui bahawa Yahudi menguasai ekonomi dunia pada hari ini. namun apabila umat Islam bersatu dalam menggunakan kuasa pembeli (iaitu dengan cara memboikot barangan keluaran mereka), maka mereka merasa bahang kerugian berjuta-juta dolar. Boikot lebih menjurus kepada mana-mana keluaran pihak yang membantu Yahudi Zionis/Israel samada secara langsung atau tidak langsung. Ada juga boikot yang dilakukan terhadap pihak yang mencemarkan/mempermainkan agama Islam, contohnya produk-produk keluaran Belanda diboikot setelah terhasilnya karikatur Nabi Muhammad s.a.w oleh salah seorang pelukis dari negara tersebut.

SYUBHAH:  merupakan satu status pertengahan di antara halal dan haram. Apabila status halal haram produk itu diragui, maka ianya dianggap syubhah dan kita diperintahkan supaya menjauhinya. Namun amat malang sekali apabila masyarakat masa kini memandang ringan terhadap perkara syubhah, sebaliknya beranggapan jika syubhah, maka kira 'boleh aje lah'.  Terlampau banyak produk syubhah di Malaysia, terutama sekali apabila dihasilkan oleh orang bukan Islam. Kisah-kisah pembuatan bihun, tauhu, penyembelihan ayam KFC, bahan-bahan kosmetik dan pelbagai lagi membuatkan seorang yang benar-benar mengambil berat hal-hal halal haram berada dalam keadaan sangat risau.


Kita adalah apa yang kita makan. Allah pula mengetahui setiap makanan yang kita jamah serta setiap produk yang kita guna seharian. Apakah ibadat kita diterima jika kehidupan kita dan tubuh kita bersalut perkara haram, syubhah dan boikot?

Sama-samalah kita sedarkan setiap individu di sekeliling kita agar benar-benar faham tentang HARAM, BOIKOT dan SYUBHAH ini.

Jangan lupa, manusia memerlukan alternatif apabila mereka disuruh meninggalkan sesuatu perkara.
Insya Allah, HPA menyediakan alternatif bagi produk/makanan/servis supaya umat Islam tidak terus tersepit dalam keadaan genting.

Bersediakan anda untuk bersama kami?

Thursday, 22 July 2010

HPA di Thailand

Seperti yang kita sedia maklum, HPA bukan sahaja menjadikan Malaysia sebagai pasaran produk-produknya, malah menjadikan pasaran global sebagai salah satu visi untuk memastikan umat Islam tidak kira di mana sahaja menggunakan barangan halal dan bermutu tinggi dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah petikan satu entri dalam blog General Manager Al-Wahida Marketing (Tuan Mohd Faisol b. Abd. Rahman):

Saturday, June 26, 2010

INFO HPA THAILAND Penubuhan Kelab

Pengenalan
Kelab Pimpinan HPA Thailand ini ditubuhkan atas kesedaran dan rasa tanggungjawab bersama terhadap perkara halal dan haram serta kepehatinan ahli HPA dari kalangan Muslimin dan Muslimat Thailand terhadap gejala pemakanan dan barang-barang kegunaan dan keperluan yang tidak jelas atau syubahat yang berluasan di Thailand.
Rasionalnya, kami selaku penggerak kepada Kelab Pimpinan HPA Thailand berusaha untuk :-
1- Memberi maklumat dan kesedaran berkaitan dengan pemakanan halal dan haram.
2- Keperihatinan Muslimin dan Muslimat terhadap kempin boikot produk-produk syubahat dan bukan Islam.
3- Memberi sokongan kepada usahawan-usahawan Muslim sebagai ganti terhadap produk-produk syubahat dan bukan Islam.
4- Menyahut tuntutan masyarakat tempatan dalam mengangkat taraf kehidupan mereka dengan mecabori dalam medan pertanian, perindusterian ,perniagaan asas tani sebagai sumber pendapatan.
Objektif
1-Membentuk satu Kelab yang berusaha menjayakan usaha murni HPA.
2-Mendokong usaha kearah menginternationalkan HPA berpusat di Thailand.
3-Mengajor program-program peningkatan ilmu,maklumat dan kefahaman perjuangan HPA.
4-Menaja dan membina rangkaian dan jaringan untuk Muslimin dan Muslimat Thailand.

5-Mengangkat taraf kehidupan umat Islam di Thailand.
6-Membina ukhuwah Islamiah berasaskan “ Produk Halal Tanggongjawab Bersama”.
7- HPA = HALAL dan HALAL = HPA.


.: Objektif Klelab Pimpinan HPA Thailand :.
Menjadi pengedar dan penjual produk herba Muslim yang berjaya di Thailand.
.: Motto Kelab Pimpinan HPA Thailand :.
” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA “
.: Visi Kelab Pimpinan HPA Thailand:.
Mewujud dan menjadikan rangkaian mengedar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di Thailand, sebagai satu jalan mengangkat taraf masyarakat Islam yang berkesan.
Membentuk usahawan dan yang dinamik, progresif dan berwibawa.
.: Misi Kelab Pimpinan HPA Thailand :.
menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.
Ahli jawatan kuasa Kelab Pimpinan HPA Thailand
Presiden:
PJE.Mr. Hasan Salaema (454128) Ustaz Sae
Tim. Presiden:
PJ.Mr. Thammarat Saartthamrong (463260)Mustafa
Setiausaha:
PJ.Mr.Phairat Mah (464990) Nurdin
Bendahari:
PJ.Miss.Laila Saleh (463312) Kak Laila
Tim.Bendahari:
PJ.Miss. Asiah Dereh (464986) Kak Yah
Ketua Unit IT&Multimedia:
Mr.Abdulwahab Sa-u (489359) Ustaz Hab
Ketua Unit Latihan:
PJ.Mr.Abdunrohman Basti (484559) Ustaz Mae
Ketua Unit Kebajikan & Kerohanian:
Mr.Ismaae Mahama (481397)
Ketua Unit Penerangan :
Mr.Abdulmuhaimin Saleh(455373) Pakcu = Cu Leh
Ketua Unit Herbalis& Perubatan:
PJE.Mr. Hasan Salaema (454128)


Tarikh asas
Rabu : 29 Rabi’u akhir 1431 h
14 April 2010 M ( 14 เมษายน 2553 )
Tempat asas
Yala Thailand
Maklumat umum:
• Jumlah ahli HPA di bawah Kelab Pimpinan HPA Thailand lebih dari 1,800 orang.
• Jumlah stokis 18 stokis
Alamat :-
148/47 M.6 T.Sateng Nok. A. Muang Ch.Yala 95000
Tel : 0810995629 (U.Hassan)- 0899767276 (Mustafa)
Email: NURU_HPA@hotmail.com , wahabiptho@yahoo.co.th

Usaha Kelab Pimpinan HPA Thailand
1- Memberi pertolongan kepada semua ahli HPA Thailand dalam masalah yang dihadapi oleh mereka.
2- Mengadakan kegiatan-kegiatan untuk memajukan dan memahamkan ahli HPA di Thailand.
3- Membina kesadaran dan rasa tanggungjawab bersama tentang produk Halal.
4- Meningkatkan kemajuan dan kefahaman sebenar tentang dasar dan cita-cita HPA .
5- Menjadikan HPA sebagai salah satu jalan bagi mengangkat tarap kehidupan masyarakat Islam di Thailand.
6- Manjadikan Kelab Pimpinan HPA Thailand sebagai penghubung langsung diantara ahli HPA dengan ibu pejabat HPA Malaysia.
7- Usaha-usaha lain yang tidak berlawan dengan dasar HPA dan Islam.
” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA “
“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”
- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad


Jadi kepada para pelajar di Mesir yang mempunyai sahabat dari Thailand, sampaikanlah kepada mereka tentang usaha kumpulan HPA di Thailand ini. Semoga mereka berminat untuk menyertai Komuniti HPA Kaherah dan meneruskan perjuangan apabila kembali ke negara mereka kelak, amin!

Wednesday, 21 July 2010

Tahniah!

Kepada adik-adik AJK road show baru-baru ini, tahniah atas kerjasama dan usaha adik-adik yang tip-top! Walaupun kehadiran tidaklah melimpah-ruah, tapi seronok melihat penglibatan adik-adik dalam program tersebut. Yang penting, kualiti kefahaman mereka yang hadir mencapai tahap yang diingini. Boleh kata, program itu adalah program untuk kita sendiri. Insya Allah segala jasa baik adik-adik mendapat pahala dan sekali lagi, jazakumullahu khairan kathira!

Monday, 12 July 2010

Ayam pun dengar ayat Al-Quran...

Alkisahnya...

Di awal tempoh penternakan ayam organik HPA, entah apa silapnya, banyak ayam tersebut yang mati. Dugaan daripada Allah agaknya. Kemudian, pihak penternak pun fikir dan fikir, apa usaha lain yang boleh dibuat. Kemudian, salah seorang daripada mereka mendapat ilham, supaya dipasangkan ayat-ayat cinta Al-Quran di kawasan penternakan tersebut.

Subhanallah! Ayam-ayam yang dipelihara bukan sahaja berkembang biak, malah sihat walafiat!

Maka, pilihlah ayam organik HPA... :D

(diceritakan oleh Ust Hadi),

Sebenarnya HPA tidak menetapkan polisi mendengarkan ayat suci Al-Quran di kawasan penternakan ayam itu, dan mungkin juga sebenarnya ia bertujuan membiasakan para pekerja supaya tidak hanya mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Namun tidak mustahil ia juga membantu pembiakan ayam berkenaan, lebih-labih lagi apabila penternak berkenaan berniat melakukan usaha penternakannya demi survival umat Islam. Allah bersama orang yang ikhlas di dalam melakukan pekerjaannya, bukankah begitu?


Fakta lain tentang ayam organik HPA:
  • Tidak memakan makanan ayam yang dibuat daripada serbuk tulang binatang.
  • Tidak disuntik bahan kimia untuk mempercepatkan tumbesaran
  • Diberi makan habbatus-sauda', halia dan tumbuhan herba yang lain, serta protein soya/ikan.
  • Penyembelihan dipantau oleh Panel Syariah HPA.
  • Reban yang bersih dan selesa.
  • Digunakan dalam perniagaan Radix Fried Chicken

Friday, 9 July 2010

Ada ke harga ahli?

Assalamualaikum....

Kepada para ahli/pengguna/pembeli barangan HPA, mungkin ada yang tertanya-tanya tentang harga ahli atau diskaun yang boleh diperolehi dalam pembelian.

Untuk situasi di Mesir, begini kisahnya...

Komuniti HPA Kaherah adalah langkah awal ke arah penubuhan cawangan HPA di Mesir. Namun, kemasukan barangan/produk HPA adalah TERHAD dan secara kecil-kecilan kerana HPA masih belum membuat proses pendaftaran cawangan di Mesir. Atas ihsan dan kesudian beberapa pihak yang sering berkunjung ke Mesir, merekalah yang membantu membawa barangan HPA sebanyak mungkin (tak banyak pun...).

Oleh itu, harga produk HPA dijual tanpa mengambil kira KOS PENGHANTARAN/PENGANGKUTAN. Ini berbeza jika sebuah cawangan telah tertubuh secara rasmi, di mana produk dihantar dalam kuantiti banyak secara shipping, kemudian ditambah  kos pengurusan, cukai, duti kastam dan lain-lain, maka waktu itu kemungkinan harga akan naik untuk menampung kos. (Subjek ekonomi, okay?)

Di masa yang sama, jika produk HPA dijual terlalu murah adalah tidak lojik kerana sebagai pengedar, pastinya mahukan sedikit keuntungan. Ini bermakna sistem harga ahli juga masih belum dapat dilaksanakan sebagaimana di Malaysia. Sistem nilai mata juga hanya boleh digunapakai untuk beberapa kondisi sahaja.

Namun, komuniti HPA Kaherah telah menetapkan harga-harga produk untuk dijual di Mesir.. Silalah rujuk kepada pengedar yang dilantik supaya anda tidak tertipu dengan harga yang mahal. Ini kerana telah mula kedengaran khabar angin bahawa ada individu-individu yang tidak bertanggungjawab menjual barangan HPA dengan harga yang tidak munasabah, semata-mata kerana ada permintaan dan kuantiti pula terhad.

OLEH ITU, PASTIKAN ANDA BERURUSNIAGA DENGAN PIHAK YANG DILANTIK SUPAYA ANDA BETUL-BETUL BERPUASHATI DAN TIDAK DITIPU.

Berbalik kepada hal harga ahli/diskaun/sistem nilai mata, pihak Komuniti HPA Kaherah sedang memikirkan alternatif, intensif dan promosi supaya status 'ahli' adalah lebih istimewa berbanding 'bukan ahli'. Oleh itu, sebarang idea, komen, kritikan daripada semua adalah SANGAT dialu-alukan untuk membantu mengukuhkan HPA sebagai pilihan kita.

Wassalam.

Monday, 28 June 2010

Berbekam...(sambungan)



Antara penyakit yang boleh diubati dengan berbekam:

Asma
Darah Tinggi
Diabetes
Lemah Jantung
Stroke
Migrain / Sakit Kepala / Pitam
Demam / Batuk / Selesema
Resdung / Jerawat Batu
Kencing tidak Lawas
Gaut / Bisa-bisa Sendi / Tulang
Sakit pinggang /Belakang
Lepas Bersalin
Obesiti
Lemah Tenaga Batin
Senggugut / Haid tidak teratur
Sakit Buah Pinggang
Sembelit / Buasir
Gastrik
Sakit Perut / Angin


Penyakit Kronik
Kanser
Sihir / Jin / Syaitan / Saka



Ulasan:

Mungkin ada yang tidak yakin dengan keberkesanan bekam mengubati penyakit-penyakit di atas. Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah yakin bahawa manusia berusaha, tetapi Allah yang menentukan. Mungkin perubatan moden sesuai dengan pesakit A, mungkin pula perubatan alternatif lebih serasi buat pesakit B. Justeru itu, janganlah ada pihak yang menolak perubatan moden secara total atau menolak perubatan alternatif secara total. Ingatlah bahawa semuanya adalah ilmu daripada Allah s.w.t jua.

Saturday, 26 June 2010

Berbekam

Istilah Melayu - Berbekam
Istilah Arab - Al-Hijamah
Istilah Inggeris - Cupping


Apa itu berbekam?

Bekam merupakan satu kaedah pembersihan atau pelepasan angin dan darah kotor dari badan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan (detoxification) melalui kulit secara sedutan dengan menggunakan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh, gelas, atau dengan menggunakan alat vakum.

Berbekam itu Sunnah

Beberapa hadis berkaitan bekam :

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

3. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)









(darah kotor yang sudah dikeluarkan)


Link:

http://bekam-sunah.blogspot.com/search/label/Hadis%20mengenai%20bekam.
http://solah-syubrawi.blogspot.com/2008/09/terapi-bekam.html
http://hpabone.blogspot.com/2010/02/bekam-is-islamic-cupping-operation.html
http://www.bekamtheraphy.com/v1/gambar.html

Thursday, 24 June 2010

Perubatan Moden Plus Perubatan Alternatif

Perubatan moden sentiasa berkembang melalui eksperimen dan kajian-kajian saintifik. Terdapat ramai ilmuwan Islam yang terkenal dalam bidang perubatan, bahkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri menyatakan setiap penyakit ada ubatnya, kecuali tua dan mati. Ini menunjukkan peri pentingnya ilmu perubatan dalam kehidupan manusia.

Namun, kita tidak sewajarnya menafikan terus kelebihan perubatan alternatif, seperti berbekam, homeopati, akupuntur dan berurut. Ini kerana setiap satu itu adalah ilmu daripada Allah swt dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Komuniti HPA Kaherah ada juga menyediakan kelas berbekam, sebagai salah satu cara menambah ilmu para pelajar di sini, di samping menambah lagi pengetahuan berkaitan perubatan alternatif. Insya Allah akan ada artikel susulan berkaitan bekam dan kelebihannya. Tungguuuuu.......

Saturday, 19 June 2010

Ubat Gigi - Extra Info

Ubat gigi HPA bebas daripada fluorida dan serbuk tulang.

Kenapa maklumat ini penting?

Fluorida


Fluorida di dalam kuantiti sedikit dikatakan dapat membantu mengurangkan kerosakan gigi. Jika diambil berlebihan, ianya diserap kedalam tulang dan gigi menyebabkan dental fluorosis dan skeletal fluorosis. Walaupun mempunyai kebaikan, namun kajian mendapati kebanyakan kanak-kanak (dan orang dewasa) menelan ubat gigi (tidak membuangnya kembali selepas selesai memberus gigi) lebih daripada kuantiti yang sepatutnya. Selain itu, ada kajian lain pula menyatakan fluorida di dalam air (untuk kegunaaan harian seperti  masakan dan minuman) sudah mencukupi, maka tidak perlu kepada tambahan fluorida di dalam ubat gigi. Oleh itu, semakin banyak pengeluar ubat gigi mengeluarkan jenama yang tidak menggunakan fluorida di dalam produk mereka.

Petikan daripada http://www.fluoridation.com/quotes.htm


Dr. Robert Carton, Ph.D, former Environmental Protection Agency Scientist (20 years), Food & Water Journal, Summer 1998
"The level of fluoride the government allows the public is based on scientifically fraudulent information and altered reports. People can be harmed simply by drinking water."

Dr. Geoffrey Smith, Dental Surgeon, New Scientist, May 5, 1983
"Dental Fluorosis, no matter how slight is an irreversible pathological condition recognised by authorities around the world as the first readily detectable clinical symptom of previous chronic fluoride poisoning. To suggest we should ignore such a sign is as irrational as saying that the blue-black line which appears on the gums due to chronic lead poisoning is of no significance because it doesn't cause any pain or discomfort.”

Yearbook of Agriculture, 1939
Fluorine interferes with the normal calcification of the teeth during the process of their formation so that affected teeth, in addition to being usually discolored and ugly in appearance, are structurally weak and deteriorate early in life. For this reason, it is especially important that fluorine be avoided during the period of tooth formation, that is, from birth to the age of 12 years.

Chief Dental Officer, British Ministry of Health and Social Security, December 11, 1980.
...no laboratory test has ever shown that 1 part per million fluoride in the drinking water reduces tooth decay



Serbuk tulang

Juga dikenali sebagai Dicalcium Phosphate, Tricalcium Phosphate atau 'bone ash'. Digunakan kerana mengandungi fluorida dan juga bertindak sebagai agen pembersih.

Pengeluar utama antaranya ialah US, China dan India.

Persoalan. serbuk tulang berkenaan adalah daripada haiwan apa? Lebih-lebih lagi negara pengeluar berkenaan bukanlah negara Islam. Jadi, ini meragukan kita sebagai pengguna Muslim.

Oleh itu, silalah periksa kandungan ubat gigi yang anda guna sekarang. Untuk lebih yakin, gunalah produk Muslim, contohnya....
Klik sini untuk maklumat berkaitan, ianya maklumat yang berguna!

Friday, 4 June 2010

Hah, daging keldai dan anjing dijual di Mesir?!

Petikan dari web EraMuslim mengenai daging anjing dan keldai yang dijual dalam bentuk hawawshi, daging kisar dan suguk. Jadi, berhati-hatilah!
Beriringan dengan melonjaknya harga daging yang tembus hingga angka 50 persen di Mesir, beberapa produk olahan daging anjing dan keledai (semisal sosis, soguk, hawawshi, daging giling, dan lain-lain) beredar di pasaran kota-kota negara itu.

Surat kabar independen Mesir Al-Mashri Al-Yaum (27/4) menguak kasus beredarnya produk olahan daging tersebut di kota Alexandria. Beberapa puluh potongan kepala anjing dan keledai ditemukan di tempat jagal di bilangan Amiriya, Alexandria.

Salah seorang penduduk bilangan tersebut, Mahmoud Ali, mengaku jika beredarnya beberapa produk olahan daging anjing dan keledai di bilangannya sudah terjadi cukup lama. Kebanyakan produk tersebut dikemas dalam bentuk daging giling atau hawawshi.

"Produsen daging olahan itu kemudian menjual dan mendistribusikannya ke toko-toko dan warung-warung kebab," kata Ali.

Seorang penduduk yang lain, Salim Ahmad, mengatakan jika peredaran produk olahan daging tersebut tidak hanya terbatas di pasar-pasar kawasan kumuh (slum/ashwa'iyyah), tetapi juga di restoran-restoran dan hotel di Alexandria.

Namun, peredaran produk olahan daging anjing dan keledai itu lebih banyak terkonsentrasi dan sudah berlangsung sangat lama di kawasan penduduk menengah ke bawah dan kumuh (ahya ahu'biyyah wa ashwa'iyyah).

"Para penduduk di kawasan menengah ke bawah dan kawasan kumuh adalah konsumen produk tersebut. Mereka sebenarnya tahu itu produk daging anjing dan keledai, tetapi tetap saja mengkonsumsinya karena harganya yang terjangkau oleh uang mereka," jelas Gamal Abdul Lathif, seorang penduduk lainnya.

Pasca terungkapnya kasus ini secara publik, pihak pemerintahan daerah Alexandria kini segera melakukan penyelidikan serius.

Sementara itu, harian berbahasa Arab lainnya, Al-Quds (27/4), melansir, jika kasus beredarnya produk daging olahan anjing dan keledai ini juga terjadi di beberapa kawasan kumuh ibu kota Kairo dan provinsi Giza, semisal Kadrasah, Bulaq Daqrur, Warraq, dan lain-lain.

Di kawasan-kawasan tersebut, bukan hanya daging anjing dan keledai saja yang beredar, tetapi juga produk olahan daging kucing dan daging ternak tiren (mati kemaren).

Sekitar seminggu yang lalu, pihak keamanan Kairo berhasil meringkus petugas di salah satu rumah jagal di kota tersebut yang kedapatan tengah mengolah 'bangkai' daging kerbau. Petugas jagal itu mengaku jika dirinya mengumpulkan hewan-hewan ternak yang sudah mati dari para petani, untuk kemudian ia sembelih dan kuliti, dan dijadikan produk daging olahan. (my/qs)

Israel pengganas dunia

Boikot...



Kod produk dari Israel...